Unik, enak dan murah!
KEMAMAN - Tiga kriteria utama yang ada pada produk keluaran Airis Bakery itu nyata mampu menambat selera orang ramai dan berjaya menjana pendapatan sebanyak RM40,000 sebulan.
Dek sambutan hangat dari pembeli, Airis Bakery yang diusahakan seorang usahawan wanita muda, Norsuriani Sulong, 30, juga tidak menang tangan melayan permintaan pembeli sama ada pelanggan tetap mahupun pelanggan yang menempah menerusi atas talian atau online.
Demi memenuhi permintaan juga, produk yang dikeluarkan kedai bakeri itu agak banyak iaitu kuih muih tradisional, kek, roti dan pastri.
Jumlah pengeluaran kesemua produk itu setiap hari juga dalam kuantiti yang banyak iaitu 2,000 biji kuih, 100 biji kek dan ratusan biji roti.
Norsuriani berkata, bagi memenuhi selera orang ramai, bakerinya turut mengeluarkan produk yang menjadi trend semasa namun ia diolah menjadi lebih menarik dan sedap agar mereka dapat tampil dengan identiti tersendiri.
âKuih paling laris sekarang adalah apam pisang dan keria antarabangsa. Olahan yang kita buat jadikan dua-dua kuih ini berbeza dengan kuih jenis sama yang lain. Misalnya bagi kuih keria, kita letak bahan tambahan seperti nestum dan milo.
âBagi roti pula, paling popular adalah roti golok keju, roti golok gula dan roti golok dua benua. Roti dua benua ini ada gabungan adunan coklat dan keju yang disalut dengan sos âhomemadeâ yang saya sendiri cipta,â katanya ketika ditemui di Airis Bakery yang terletak di Kampung Jabor Kubor/Mak Chili.
Jual sambil memberi
Ketika berurus niaga, Norsuriani yang juga ibu kepada dua cahaya mata berkata, dia mempraktikkan konsep âjual sambil memberiâ dan disebabkan faktor itu semua produk yang dijualnya murah daripada harga di tempat lain.
Misalnya, tart keju dan tart buah yang biasanya dijual pada harga RM1.20 sen sebiji cuma dijual pada harga 70 sen, kek seberat 800 gram yang biasa dijual pada harga RM15 hingga RM20 cuma berharga RM10, kuih pau cuma dijual pada harga 50 sen sebiji dan roti golok RM1 sebiji.
Dalam pada itu, Norsuraini memberitahu, inisiatif Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memperkenalkan jenama Ori Kemaman iaitu satu jenama yang dibangunkan khusus bagi usahawan industri asas tani di daerah ini turut membantu usahawan sepertinya memajukan lagi perniagaan.
âProduk bakeri saya berada di bawah jenama Ori Kemaman. Bila berada di bawah jenama ini, produk-produk usahawan dapat dipromosikan secara lebih meluas kerana kita terlibat dalam banyak acara berskala besar termasuk Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA).
âPengalaman yang dikutip daripada program-program itu juga dapat saya manfaatkan untuk majukan lagi bisnes.
"Saya bercita-cita untuk buka kedai roti milik orang Melayu pertama di Kemaman. Saya juga akan cari kilang untuk keluarkan biskut dan saya mahu biskut saya tembusi pasaran Singapura,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment