Lelaki dihukum penjara 241 tahun

Friday, March 30, 2018

Lelaki dihukum penjara 241 tahun

Lelaki dihukum penjara 241 tahun

MISSOURI - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki di Amerika Syarikat dihukum penjara 241 tahun atas kesalahan rompakan bersenjata ketika berusia 17 tahun.

Pada 1997, Bobby Bostic yang kini berusia 39 tahun, ditahan atas 17 tuduhan jenayah termasuk lapan tuduhan jenayah bersenjata dan tiga tuduhan merompak bersama seorang lagi rakan.

Empat bulan setelah ditahan, Bostic ditawarkan perjanjian, mengaku bersalah dan menerima hukuman penjara 30 tahun, namun dia menolak dan minta untuk dibicarakan.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi Bostic apabila keputusan pihak juri mendapati dia bersalah atas kesemua tuduhan.

Hakim mengarahkan hukuman Bostic dijalankan secara serentak dan apabila dibebaskan kelak umurnya akan menjangkau 112 tahun. - BBC



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment