Bank Islam lancar kad Debit-I

Thursday, March 29, 2018

Bank Islam lancar kad Debit-I

Bank Islam lancar kad Debit-I

BANK Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menyasarkan peningkatan pengeluaran sebanyak 50,000 bagi kad Debit-I Bank Islam Visa BAM yang baharu dilancarkan, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Khairul Kamarudin berkata, peningkatan itu dijangka akan meningkatkan jumlah pengeluaran pengguna kad debit Bank Islam kepada 3.2 juta di seluruh negara.

“Kad ini menawarkan pelbagai faedah menarik dan sebahagian fi pengeluaran dan tahunan kad tersebut akan disalurkan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai sumbangan daripada Bank Islam dan pemegang kad untuk pembangunan sukan badminton negara.

“Dengan setiap kad yang dikeluarkan dan diperbaharui, sebanyak RM2 akan disalurkan kepada BAM bagi tujuan tersebut,” katanya pada majlis pelancaran kad Debit-I Bank Islam Visa BAM, di Kuala Lumpur.

Katanya, pelancaran kad tersebut adalah bagi meluaskan lagi inisiatif penjenamaan bersama BAM.

Ia juga adalah sebahagian daripada strategi Bank Islam dalam meluaskan rangkuman kewangan kepada peminat-peminat sukan seluruh tanah air.

“Sebagai pengantara kewangan, menjadi misi kami untuk membantu merealisasikan hasrat Bank Negara Malaysia dalam membentuk masyarakat tanpa tunai.

“Kami akan terus meluaskan usaha penjenamaan dan akan bekerjasama dengan lebih banyak institusi bagi menawarkan nilai istimewa kepada pelanggan dengan fokus kepada segmen golongan muda secara menyeluruh,” katanya.

Kad Debit-I Bank Islam Visa BAM boleh didapati di cawangan-cawangan Bank Islam di seluruh negara bermula minggu ketiga April ini.

Bersempena dengan pelancaran tersebut, Bank Islam turut memberikan tajaan berjumlah RM300,000 kepada BAM bagi membantu persatuan mencungkil bakat-bakat baharu.

“Sebagai penyumbang pingat paling konsisten untuk negara, kami berharap kerjasama ini akan membantu pelan pembangunan dan pertumbuhan jangka panjang ke arah memenangi pingat emas Olimpik di Tokyo 2020.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment