Modal insan dalam kalangan pelajar jadi keutamaan

Thursday, March 29, 2018

Modal insan dalam kalangan pelajar jadi keutamaan

Modal insan dalam kalangan pelajar jadi keutamaan

RANTAU PANJANG - Berkhidmat sebagai Adun Gual Periok selama dua penggal memberi kemudahan kepada Datuk Mohamad Awang menaik taraf hidup penduduk di sempadan ini.

Sesuai dengan peranannya selaku pesara Kementerian Pendidikan, beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mat memberi tumpuan kepada sektor pendidikan dan bina insan dalam kalangan pelajar.

Dalam pada itu, isu perumahan turut dititik beratkan apabila kelulusan pemilikan tanah diberi kepada penduduk di Kubang Kuau dan Gual Dalam.

Tidak lupa juga dengan keperluan penduduk melibatkan tanah perkuburan Islam di Rantau Panjang yang sering dinaiki banjir.

Projek pembukaan tanah perkuburan Islam Raudhatus SaĆ¢€™Adah Gual Tinggi yang dimulakan sejak 2014, dapat mengatasi masalah membelenggu penduduk setiap kali menjelang tengkujuh.

Bantuan pondok yang bermasalah, turut menjadi keutamaan pembangunan dan kemajuan di Dun ini.

Terbaharu pembinaan Pejabat Khidmat Masyarakat Gual Tinggi, menjadi platform bertemu rakyat.

Selain itu, taraf hidup masyarakat dititik beratkan menerusi agihan bantuan Armalah sebanyak RM80,000 untuk ibu tunggal, RM60,000 kepada penuntut universiti tempatan dan industri kecil dan sederhana.

Ini tidak termasuk bantuan zakat yang disalurkan kepada golongan asnaf sepanjang tahun.

Bagi merancakkan kemudahan infrastruktur, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM200,000 kepada setiap Dun.

Salah satu kemudahan digunakan adalah naik taraf jalan kampung, manakala jalan raya persekutuan disalurkan kepada Pejabat Tanah dan Jajahan di sini.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment