Angin perubahan PRU14 semakin dirasai di Kelantan

Thursday, March 29, 2018

Angin perubahan PRU14 semakin dirasai di Kelantan


KOTA BHARU: Angin perubahan Barisan Nasional (BN) semakin dirasakan di negeri ini khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, hal demikian kerana sudah berlaku lima gelombang besar yang boleh mencipta satu keajaiban dalam kalangan pengundi di negeri ini.

"Pertama, mana-mana kawasan yang kita pergi di negeri ini sambutan oleh penduduk sangat besar. Kedua, pengundi luar (perantauan) sudah mula yakin dengan BN.
"Ketiga, kita berjaya mengurangkan masalah dalaman parti yang pernah berlaku sebelum ini. Keempat, penampilan dan muka baharu calon BN yang bakal diketengahkan pada PRU14 kali ini dan yang terakhir, masalah parti lawan yang berlaku tanpa pernah kita duga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Ramah Mesra bersama Pemuda BN di sini pada Khamis.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh; Timbalan Ketua Pemuda Barisan Nasional Kota Bharu, Fikhran Hamshi Mohd Fatmi dan Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Rosmadi Ismail.

Menurut Khairy, sudah tiba masanya rakyat Kelantan membuat perubahan kerana 'ribut sempurna' hanya datang sekali.

"Justeru, semua jentera BN perlu bulatkan tekad, kuatkan semangat dan pastikan perubahan sampai di negeri ini. Biar gelombang biru sampai ke Parlimen Kota Bharu," tambahnya.





sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment