Pembangkang tiada kesungguhan kekang berita palsu
SHAH ALAM - Tindakan pembangkang yang lantang mengkritik usaha kerajaan untuk memperkenalkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 menunjukkan mereka langsung tiada kesungguhan untuk mengekang penyebaran berita palsu dan tidak benar.
Ketua Pemuda MIC, Datuk Sivarraajh Chandran berkata, perkembangan teknologi masa kini menunjukkan rakyat bebas menerima pelbagai maklumat tanpa kawalan terutama yang disebar menerusi internet.
Katanya, tanpa kawalan yang tegas menerusi peruntukan undang-undang yang lebih lengkap, sukar bagi pihak berkuasa menjalankan siasatan atau menahan mana-mana individu yang didapati secara jelas telah menyebarkan berita palsu dan tidak benar bertujuan untuk membentuk persepsi negatif terhadap individu lain.
âSepatutnya pengenalan akta ini disokong pembangkang, kerana ia juga akan membantu melindungi mereka dari terus difitnah pihak tertentu termasuk lawan. Malah ia juga membebaskan rakyat daripada terus dinodai dengan hebahan pelbagai bahan berita yang tidak benar dan tidak berfakta.
âNamun, pembangkang tetap dengan pendiriannya terus menentang apa saja akta yang diperkenalkan kerajaan walaupun ia sebenarnya membawa manfaat kepada rakyat, di samping melindungi kestabilan politik dan ekonomi negara,â katanya dalam satu kenyataan media, semalam.
[ARTIKEL BERKAITAN: RUU Antiberita Tidak Benar 2018 tak sekat kebebasan bersuara]
Katanya, dalam hal ini pembangkang wajar bersikap rasional dan harus mengakui pengenalan akta itu sebenarnya turut melindungi mereka daripada sebarang fitnah dan tuduhan negatif yang mungkin dilemparkan pihak lawan.
Selain itu, Sivaaraajh Chandran mengingatkan pengundi muda supaya tidak terpengaruh mengikut propaganda penentangan yang sedang disebarkan pembangkang terhadap pelaksanaan akta sedemikian. Perbahasan RUU Antiberita Tidak Benar 2018 akan diteruskan pada sesi Dewan Rakyat pada minggu hadapan selepas sesi berakhir pada petang kelmarin.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment