Isu tol: Mudah berjanji, mudah dimungkiri

Friday, October 12, 2018

Isu tol: Mudah berjanji, mudah dimungkiri

Isu tol: Mudah berjanji, mudah dimungkiri

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkongsikan berita terkini mengenai isu tol tidak akan dan sukar untuk dihapuskan oleh kerajaan baharu.

Ahmad menerusi laman Twitternya menyatakan sekiranya rakyat berasa suka dan tidak marah susulan isu berkenaan.

Menurutnya, perkara berkenaan isu tol dihapuskan berkenaan adalah merupakan satu janji yang berhadapan kemungkinan untuk dimungkiri.

“Tol tak akan dan sukar untuk dihapus. Berita terkini. Begitu mudah untuk berjanji. Mudah juga untuk dimungkiri.

“Anda suka? Pelik jika suka. Anda marah? Pelik jika tak marah. Secara berseloroh saya pernah cadang agar langgar palang tol jika tak nak bayar. Jika kena saman tanggung sendiri,” kongsinya, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mahathir tidak setuju ikrar hapus tol]

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan.

Dr Mahathir mendedahkan beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya PH.

Menurutnya, satu-satunya cara untuk mengadakan laluan percuma dan tiada tol adalah dengan menaikkan harga petrol.
 



sumber: sin
sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment