Trump umum pengunduran tentera dari Syria

Friday, March 30, 2018

Trump umum pengunduran tentera dari Syria

Trump umum pengunduran tentera dari Syria

OHIO - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akhirnya mengumumkan pengunduran pasukan tenteranya selepas beberapa tahun berada di tanah Syria.

"Kami akan keluar dari Syria tidak lama lagi.Biar pihak lain yang mengambil tanggungjawab kami itu," jelas Trump dalam ucapan di Richfiled, Ohio kelmarin.

Menurut Trump, pengunduran tersebut adalah sebahagian pelan penjimatan untuk pembangunan semula bandar yang musnah di Syria.

Trump turut mendakwa berjaya menumpaskan kumpulan militan di Syria.

"Kami berada di Syria untuk menghapuskan militan Daesh dan kini kami telah mencapai hasrat itu," katanya lagi.

Bagaimanapun, Trump tidak menjelaskan lebih lanjut berhubung tarikh sebenar pengunduran tenteranya itu. - Agensi



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment