RM1 bilion untuk sekolah Tamil seluruh negara

Friday, March 30, 2018

RM1 bilion untuk sekolah Tamil seluruh negara

RM1 bilion untuk sekolah Tamil seluruh negara

PUTRAJAYA: Kerajaan memperuntukkan dana hampir RM1 bilion bagi membina, naik taraf dan menyelenggara 524 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan, berkata sehingga kini sebanyak 80 hingga 90 peratus daripada jumlah peruntukan itu sudah digunakan untuk proses penambahbaikan dan penyelenggaraan infrastruktur.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa menunaikan janji menyalurkan peruntukan kepada semua sekolah, termasuk SJKT kerajaan bagi memastikan tiada sekolah yang tercicir dan dibantu secara saksama.

"Semua dana ini digunakan dengan sebaik mungkin selaras dengan usaha kerajaan dalam memperkasakan masyarakat India menerusi pelbagai bidang termasuk pendidikan.

"Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam kerana memartabatkan imej dan infrastruktur SJKT," katanya pada sidang media mengenai pengagihan peruntukan khas fasa kedua bagi SJKT di sini, hari ini.

Katanya, peruntukan fasa kedua sebanyak RM25 juta itu akan diagihkan kepada 284 SJKT, iaitu 251 sekolah bantuan kerajaan dan 33 sekolah kerajaan bermula bulan depan.

"Peruntukan ini bukan sahaja untuk kerja-kerja penyelenggaran bangunan sekolah tetapi meliputi penambahbaikan dari segi fasiliti sukan dan Projek Kelas Abad ke-21.

"Malah, penyerahan cek peruntukan khas penyelengaraan fasa kedua ini akan diserahkan kepada sekolah serta surat setuju terima untuk pembinaan SJKT yang ke-530 pada 2 April ini," katanya.

Menurutnya, pembinaan enam sekolah itu adalah janji kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Umum ke-13.

"Selain itu, Perdana Menteri juga sudah meluluskan peruntukan RM50 juta lagi dalam Bajet 2018 yang akan diagihkan kepada lebih 80 SJKT yang belum menerima dana pada April atau Mei nanti," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment