'Keputusan sepatutnya diputuskan pada separuh musim...'

Thursday, March 29, 2018

'Keputusan sepatutnya diputuskan pada separuh musim...'

'Keputusan sepatutnya diputuskan pada separuh musim...'

ALOR SETAR - Penaja utama Kedah, ECK Sdn Bhd berpendapat prestasi semasa Ramon Marcote sepatutnya diputuskan pada separuh musim bukannya berdasarkan beberapa perlawanan sahaja.

Pengarahnya, Puan Sri Datin Ginney Chew berkata, beliau terkejut dengan keputusan drastik Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sehingga menyaksikan ada penyokong Lang Merah berang dengan tindakan persatuan itu.

"Sepatutnya Ramon terus diberi peluang sekurang-kurangnya sehingga separuh musim sebelum menentukan keputusan terakhir kerana beliau baru sahaja beberapa bulan bersama pasukan Kedah.

"Saya lihat seolah-olah keputusan ini merosakkan reputasi jurulatih Sepanyol itu kerana saya yang minta Presiden KFA (Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah) membawanya ke sini. Sebelum ini presiden mahu beri peluang namun masalahnya komuniti KFA pula yang tentukan keputusan," katanya ketika dihubungi Sukan Sinar.

Menurutnya, beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengubah kembali sesuatu keputusan yang diputuskan persatuan tersebut.

Ginney berkata, beliau berusaha untuk membantu Ramon namun keputusan bukan di tangannya.

"Saya sudah tidak ada cara sebenarnya untuk membantu beliau masuk kembali ke dalam pasukan utama selepas diminta penyokong.

"Berhubung masa depannya di sini, saya minta Ramon memaklumkan kembali walau apa jua keputusannya selepas ini," jelasnya.

Rabu lalu, Marcote direhatkan dari tugas Ketua Jurulatih Kedah dan diberikan peranan baru sebagai Ketua Jurulatih Pembangunan KFA.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment