Pemuda dipukul, hampir ditembak dua beradik

Thursday, March 29, 2018

Pemuda dipukul, hampir ditembak dua beradik

Pemuda dipukul, hampir ditembak dua beradik

MERANTI - Tidak puas hati selepas ditanya mengenai rakan yang ditembak mati di Machang, menyebabkan seorang pemuda di Kampung Machang Gochoh dipukul dengan besi dan hampir ditembak, pada jam 7.50 malam, semalam.

Ketika kejadian, mangsa yang berusia 25 tahun dikatakan menyaksikan permainan sepak takraw, didatangi dua lelaki yang menaiki kereta Perodua Kancil berwarna hitam.

Suspek berkenaan yang berusia 35 tahun dan bekerja sebagai penarik kereta, dipercayai mengeluarkan besi dan memukul mangsa di kepala manakala seorang lagi suspek berusia 30 tahun, mengeluarkan objek dipercayai pistol dan mengacukan ke arah kepala mangsa.

Mangsa yang bekerja sebagai buruh, bagaimanapun bergelut dengan suspek dan berjaya menempis senjata berkemungkinan jenis Revolver, menyebabkan sedas tembakan dilepaskan di arah lain.

Terkejut dengan bunyi kuat tersebut, mengundang kehadiran penduduk ke tempat kejadian.

Ini memaksa kedua-dua suspek berkenaan melarikan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohamad Piah berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

Mangsa katanya, dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan pesakit luar akibat cedera ringan di kepala.

"Kedua-dua suspek merupakan adik-beradik dan mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah khianat dan kekerasan.

"Kita menggiatkan usaha mencari dua suspek berkenaan bagi membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan dan 39 Akta Senjata 1960.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment