Bantu jaga perairan Mersing
MERSING - Jabatan Laut Malaysia menyeru orang awam agar sama-sama membantu kerajaan menjaga perairan di Mersing.
Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelaut dan Pelabuhan Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur, Kapten Saat Sanusi berkata, usaha itu dapat membantu meningkatkan kemasukan pelancong.
âDiharapkan peserta kursus dan pengusaha tempatan dapat bantu jaga keselamatan serta keamanan perairan.
âIni sekali gus dapat meningkatkan statistik kehadiran pelancong ke pulau-pulau secara tidak langsung dapat meningkatkan pembangunan dan ekonomi setempat di Mersing,â katanya ketika berucap pada majlis perasmian penutup Kursus Persediaan Mualim <500GT Domestik (Terhad) Penduduk Tempatan Taman Laut Pulau-pulau Johor, semalam.
Dalam program itu, seramai 34 peserta menduduki kursus persediaan mualim selama lima hari bagi memastikan pemandu bot memiliki lesen yang sah.
Saat berkata, pihaknya berharap peserta yang menghadiri kursus itu dapat mempraktikkan segala ilmu diperoleh.
âSelepas memiliki sijil perakuan kekompetenan ini, suka saya ingatkan agar peserta sentiasa mematuhi peraturan syarat-syarat lesen bot yang dikeluarkan Jabatan Laut Malaysia.
âJurumudi atau nakhoda bot, feri atau kapal perlu memiliki sedikit sebanyak pengetahuan ilmu kelautan dengan mematuhi peraturan semasa di laut bagi menjamin keselamatan penumpang.
âDengan sijil ini, secara tak langsung memberi keyakinan kepada pemain industri maritim seperti pelabur, pelancong dan masyarakat dengan mutu perkhidmatan yang terjamin,â katanya.
Majlis penutup turut dihadiri Penghulu Mukim Pulau-Pulau, Muhammad Nur Fahmi Zulkifli; Ketua Kampung Pulau Tinggi, Rahaman Ali dan Ketua Kampung Pulau Sibu, Jamaludin Mohamed Ali.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment