Pusat beli-belah terbesar ketiga di London

Friday, March 23, 2018

Pusat beli-belah terbesar ketiga di London

Pusat beli-belah terbesar ketiga di London

BATTERSEA Power Station Development Company (BPSDC) telah melancarkan destinasi peruncitan serta riadah terbaharu London yang akan menempatkan koleksi jenama British dan antarabangsa dalam sebuah bangunan paling ikonik di dunia.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, Ruang Turbin A, yang dibina pada tahun 1930-an, akan menempatkan Premium Collection, jenama yang menggambarkan keanggunan, kecanggihan dan gaya yang tidak akan lapuk, manakala Ruang Turbin B yang dibina pada 1950, akan menggabungkan jenama-jenama kontemporari yang menampilkan gaya yang lebih pelbagai serta muda.

Selepas disiapkan, Battersea Power Station akan menjadi destinasi membeli-belah yang ketiga terbesar di London.

BPSDC berkata, berjuta-juta orang akan melawat bekas stesen jana kuasa itu selepas ia dibuka pada 2020.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan, Simon Murphy berkata penawaran runcit akan membentuk bahagian penting dalam destinasi London terbaharu itu.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment