Niat membantu jangan bermusim

Thursday, March 29, 2018

Niat membantu jangan bermusim

Niat membantu jangan bermusim

TELUK INTAN - Sesiapa sahaja yang berniat membantu meringankan beban rakyat sentiasa dialu-alukan kerana ia merupakan tanggungjawab bersama.

Adun Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata, ia selari dengan pendekatan yang diambil kerajaan sedia ada di bawah pimpinan Barisan Nasional.

“Terima kasih kepada yang prihatin ketengahkan isu rakyat dan memberi peluang kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

“Inilah sistem yang kita amalkan kerana kerajaan sedia ada merupakan kerajaan yang bertanggungjawab, jadi sesiapa sahaja memohon pasti tindakan akan diambil dan diselesaikan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Azhar berkata demikian ketika mengulas kerja-kerja penambahbaikan kemudahan di jambatan besi Kampung Bahagia yang dijalankan oleh pihaknya terlebih dahulu sebelum muncul pihak yang mendakwa ia hasil kerja mereka.

Tambahnya lagi, pihaknya sentiasa memikirkan keselesaan rakyat di bawah pimpinannya termasuklah dari segi pembangunan yang dilakukan bersama-sama Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Seri Mah Siew Keong.

“Apa yang penting adalah kita membantu rakyat secara berterusan dan tidak menimbulkan soal siapa buat kerja dan siapa tidak.

“Semua orang ingin membantu rakyat tetapi ia mestilah secara berterusan bukan hanya musim tertentu baru muncul,” katanya.

Mengulas mengenai pemasangan lampu jalan kampung di Kampung Bahagia, Mohd Azhar berkata ia adalah inisiatif kerajaan dalam memberi kelegaan kepada penduduk dari segi keselamatan.

“Sebanyak 41 lampu kuning dan empat lampu LED dipasang di beberapa kawasan di Kampung Bahagia seperti di lokasi Pasar Selasa dan Lorong Masjid.

“Ini bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini seperti kecurian atau kemalangan di kawasan-kawasan gelap yang menjadi laluan utama penduduk,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment