Dua pencuri Hilux mati ditembak

Thursday, March 29, 2018

Dua pencuri Hilux mati ditembak

Dua pencuri Hilux mati ditembak

MACHANG: Polis menembak mati dua lelaki disyaki ahli sindiket mencuri kereta pacuan empat roda, Toyota Hilux, di negeri ini dalam kejadian di Kampung Joh, di sini, hari ini.

Sepasukan anggota dan pegawai Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan membuat serbuan di sebuah rumah di sini pada jam 3 petang.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung dua lelaki dalam keadaan mencurigakan berada di dalam sebuah rumah di kawasan perumahan di sini.

"Sampai di lokasi pihak polis membuat kepungan di bahagian hadapan dan belakang rumah sebelum mengarahkan mereka keluar. Namun suspek ingkar dan bertindak melepaskan tembakan dari dalam rumah berkenaan.

"Berikutan itu, polis terpaksa membalas tembakan menyebabkan berlaku insiden berbalas tembak selama tujuh minit," katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di dalam rumah berkenaan selepas itu mendapati kedua-dua suspek maut di situ.

"Turut ditemui bersama suspek dua pucuk pistol dan satu adalah pistol mainan dan sebilah parang," katanya.

Beliau berkata, suspek disyaki terbabit dalam beberapa siri kejadian menyamun terutama membabitkan kecurian Hilux serta menyamar sebagai anggota polis.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment