Ketua Penerangan UMNO negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, ia penting bagi memberi keadilan kepada komposisi penduduk di seluruh negara.
âHal ini kerana kedudukan muka bumi di negara ini adalah terdiri daripada hutan, gunung, luar bandar dan bandar. Tidak adil untuk dibuat pembahagian mengikut orang, sempadan, daerah dan kawasan untuk dibangunkan atau dimajukan.
âKalau Singapura tidak apa sebab kawasan bandar, pembangunan boleh sama rata di semua kawasan. Malah, di negara ini kita ada lebih 70 peratus orang Melayu, tidak sepatutnya kerusi kawasan bukan Melayu lebih banyak berbanding penduduknya sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Wang Ihsan Bencana Banjir di Dewan Hajah Siti Sufiah, Kampung Padang Upih di sini hari ini.
Yang turut hadir Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.
Khamis lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul tersebut termasuk dua DUN di Kelantan iaitu DUN Bukit Tuku yang bertukar kepada DUN Apam Putra dan DUN Perupok kepada DUN Pantai Irama. -UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment