Tunku Putera Johor rasmi Masjid Taman Delima,

Friday, March 30, 2018

Tunku Putera Johor rasmi Masjid Taman Delima,

Tunku Putera Johor rasmi Masjid Taman Delima,

KLUANG: Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim hari ini berkenan merasmikan Masjid Taman Delima di sini, yang dibina dengan kos keseluruhan bernilai RM3.1 juta.

Tunku Abu Bakar turut menunaikan Solat Jumaat di masjid berkenaan yang diimamkan Imam Masjid Taman Delima, Mohd Alkhidri Abd Rahim Al Hafiz.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani; Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abdul Mutalib Abdul Rahim; Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Fuad Radzuan; Pegawai Daerah Kluang, Mohd Noh Ibrahim dan Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Taufik Shamsudin.

Masjid Taman Delima itu siap sepenuhnya pada 31 Disember 2017 dan mampu menampung kira-kira 1,500 jemaah dalam satu-satu masa.

Pengerusi Masjid Taman Delima, Azmin Mohd Hasim, berkata kira-kira 2,000 orang hadir pada majlis itu yang menjadi detik bersejarah bagi penduduk di Taman Delima.

"Dengan perasmian masjid ini, ia akan dimanfaatkan oleh penduduk Taman Delima dan kira-kira 11 taman perumahan berdekatan dengan aktiviti keagamaan dan pendidikan Islam masyarakat setempat.

"Orang ramai juga dijemput mengimarahkan masjid ini supaya pembinaannya tidak menjadi sia-sia, terutama pada setiap Jumaat dan Ramadan nanti," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment