Penglibatan sukarelawan, pemimpin perlu akrab

Thursday, March 29, 2018

Penglibatan sukarelawan, pemimpin perlu akrab

Penglibatan sukarelawan, pemimpin perlu akrab

JOHOR BAHRU - Pendekatan nilai kesukarelawan dan peranan pemimpin adalah solusi paling berkesan dalam menangani masalah sosial khususnya penyalahgunaan dadah yang semakin membimbangkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahir Hamidi berkata, perkara itu kini diberi perhatian dan menerusi kuasa politik sedia, ada pelbagai gerakan dan bidang kerja telah dilaksanakan.

Menurutnya, usaha memperkasakan komuniti dan pimpinan segenap lapisan masyarakat juga adalah selaras dengan tema Hari Antidadah Kebangsaan ke-35 iaitu Komuniti ‘Kita Tanggungjawab Kita’.

“Sekarang ini masalah sosial yang berlaku adalah sebahagian besarnya disebabkan adalah guna dadah. Jadi menerusi usaha sukarelawan yang digiatkan kini boleh dijadikan penyumbang dalam mengurangkan masalah ini.

“Kita dah lancarkan program iaitu ‘Community Empowerment’ yang telah dilaksanakan di 14 kawasan berisiko tinggi (masalah penagihan dadah) dan telah ditambah 50 kawasan lagi menjadikan jumlah keseluruhan 64 kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Himpunan Sukarelawan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Trust@Teras Johor di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ahmad Zahid berkata, implikasi daripada inisiatif community empowerment terbabit, menunjukkan hasil yang memberangsangkan menerusi kempen Perangi Dadah Habis-Habisan (PDH) 2.0 yang dijalankan tahun lalu.

Katanya, sebanyak 16 peratus penurunan jumlah penagih baharu berjaya dikurangkan sepanjang tahun 2017 berbanding tahun sebelumnya.

“Daripada dapatan kajian yang dijalankan peningkatan pengesanan kes klien yang patuh (kekal pulih) juga meningkat serta penurunan kes penagihan baharu menurun kepada 18,440 pada tahun lalu berbanding 22,923 pada tahun 2016,” katanya.

Justeru, masyarakat disarankan untuk melibatkan diri dalam sebarang program-program sedia ada seperti Caring Comunity House (CCH) dan Sukarelawan Anti Dadah 1 Malaysia (Skuad 1 Malaysia).

Dalam perkembangan sama, sempena majlis berkenaan, Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM5.5 juta kepada Parlimen Pulai yang membabitkan projek naik taraf masjid, kuil, premis kedai dan menaik taraf Kepolisan Komuniti di kawasan parlimen itu.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment