Status Watsons Elite Buat Anda Dilayan Seperti Anak Emas
Sentiasa mahu berikan yang terbaik kepada pelanggan-pelangga setianya, kini Watsons hadir dengan Watsons Elite. Bukan calang-calang tawaran dan promosi yang ada dengan Watsons Elite ini, malah pelbagai penjimatan anda boleh nikmati.
Bagi anda yang ingin menjadi ahli Watsons Elite, jangan berlengah lagi kerana ia akan bermula April ini. Ia terbuka kepada seluruh pemilik kad keahlian WATSONS VIP. Nak tahu caranya? Mari kami terangkan satu persatu.
Anda Adalah Pelanggan Eksklusif
Melalui Watsons Elite, anda bakal memperoleh pelbagai kelebihan berbanding pelanggan yang hanya sekadar membeli tanpa mendapatkan sebarang mata pembelian (points).
Anda bukan saja dapat ganjaran pada tarikh hari lahir, penghantaran percuma dan promosi eksklusif malah dalam masa yang sama turut diundang bagi menyertai majlis-majlis khas Watsons di masa akan datang.
Bila sudah dapat menghadiri majlis-majlis anjuran Watsons, ini sekaligus membuatkan anda adalah antara pelanggan terawal yang mengetahui promosi dan produk terbaru yang dibawakan oleh Watsons.
Ini Perbezaan Ketara
Jika anda berasa selesa dengan hanya menjadi ahli biasa, anda kena fikirkan semula. Kami kongsikan dengan anda melalui gambar perbezaan menjadi ahli biasa dan Watsons Elite.
Berkali ganda nilai mata ganjaran anda akan dapat dengan menyertai Watsons Elite dan kemudiannya dengan mata ganjaran ini jugalah anda dapat tebus semula tawaran yang ada di Watsons – cuba bayangkan sudah berapa kali penjimatan anda peroleh di situ.
Kemudian ditambah lagi dengan promosi dan tawaran khas hanya untuk pemegang status Watsons Elite sahaja, memang geram kawan-kawan lain tengok anda mendapat layanan istimewa di Watsons – ditambah pula dengan penjimatan berganda.
Sertai Sekarang, Jangan Terlewat
Bagi yang pernah menikmati promosi dan tawaran WATSONS VIP, anda pasti akan faham betapa beruntung dan berbaloinya memiliki keahlian tersebut. Kini, dengan hanya berbelanja RM1,000 (sepanjang tahun) anda secara automatik layak untuk memegang status Watsons Elite dan ia akan bermula April ini.
Tetapi, jangan cepat melatah. Bagi mereka yang sudah berbelanja lebih daripada jumlah tersebut pada 15 Mac 2018, jangan risau. Anda akan dinaiktaraf kepada keahlian Watsons Elite bermula pada 1 April 2018 dan nikmatilah segala kelebihan yang terhad untuk Watsons Elita sahaja.
Mereka yang bijak mengambil peluang adalah mereka yang pantas membuat keputusan. Mungkin RM1,000 anda rasakan banyak namun cuba kira semula berapa perbelanjaan anda setiap bulan di Watsons. Tips kami, anda tolong belikan barang-barang keperluan rakan-rakan sekerja anda – lagi ramai, lagi bagus!
Jika dengan menjadi ahli Watsons Elite anda akan memperoleh lebih banyak manfaat, mengapa tunggu lagi? Cepat dapatkan tawaran ini selagi ia masih terbuka.
*Namun harus diingat, pembayaran secara e-pay dan tambah nilai Touch ‘n Go reload) tidak termasuk dan tidak dikira dalam nilai RM1,000 yang anda belanjakan itu. Maksudnya anda perlu berbelanja dengan membeli produk yang terdapat di dalam Watsons sahaja.
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment