Sukarelawan, komuniti berkesan perangi dadah

Thursday, March 29, 2018

Sukarelawan, komuniti berkesan perangi dadah

Sukarelawan, komuniti berkesan perangi dadah

JOHOR BAHRU: Pembabitan pemimpin setempat dan sukarelawan segenap lapisan masyarakat beri impak positif dalam usaha menangani permasalahan sosial khususnya penyalahgunaan dadah di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pendekatan memperkasakan komuniti sejajar dengan tema Hari Anti Dadah Kebangsaan ke-35 (HADK-35) iaitu 'Komuniti Kita Tanggungjawab Kita'.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pelaksanaan program pemimpin bersama sukarelawan dilihat sebagai peringatan akan peranan pemimpin membantu menangani permasalahan sosial.

"Pelaksanaan program seperti ini (sukarelawan) dilihat sebagai peringatan akan peranan pemimpin membantu menangani permasalahan sosial khususnya penyalahgunaan dadah menerusi elemen keiltizaman jitu atau 'political will' bergandingan dengan sukarelawan.

"Mendaya upaya komuniti dilaksanakan di 14 kawasan berisiko tinggi (masalah penagihan dadah) dan kini ditambah 50 kawasan menjadikan jumlah keseluruhan 64 kawasan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Himpunan Sukarelawan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Trust@Teras Johor bersama Timbalan Perdana Menteri di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini, malam ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.

Kira-kira 2,000 sukarelawan AADK dan Trust@Teras Johor berhimpun pada majlis berkenaan.


AHMAD Zahid bergambar bersama NGO yang menerima cek sumbangan pada program Himpunan Sukarelawan AADK dan Trust@Teras Johor, di Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim

Ahmad Zahid berkata, usaha itu berhasil dan dapat dibuktikan menerusi Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan (PDH) 2.0 apabila penurunan penagih baharu sebanyak 16 peratus berbanding pada tahun 2016.

"Daripada dapatan kajian yang dijalankan peningkatan pengesanan kes klien yang patuh (kekal pulih) juga meningkat serta penurunan kes penagihan baharu menurun kepada 18,440 pada tahun lalu berbanding 22,923 pada tahun 2016," katanya.

Sementara itu, pada majlis sama Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM5.5 juta kepada Parlimen Pulai membabitkan projek naik taraf masjid, kuil, premis kedai dan menaik taraf Kepolisan Komuniti di kawasan parlimen itu.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment