Sesi taklimat bermula dari pukul 9 pagi hingga 12.30 tengah hari itu disampaikan Penolong Pengarah Pendidikan Pengundi Akademi Pilihan Raya SPR, Abdul Fatah Mohd. Pilus serta Pendaftar akademi tersebut, Nik Aminudin Nik Shahar Shah.
Pada sesi berkenaan, pihak media diberi penerangan berhubung perjalanan sistem pilihan raya di samping prosedur permohonan pas media serta tatacara membuat liputan sepanjang PRU-14.
Akademi Pilihan Raya SPR turut melakukan simulasi senario proses pengundian dan pengiraan undi yang dilakukan sepenuhnya di pusat mengundi di seluruh negara pada hari pengundian.
Taklimat turut menyentuh isu-isu berbangkit setiap kali pilihan raya bagi memperbetulkan persepsi negatif ter-hadap ketelusan SPR seperti dakwaan pengundi hantu, manipulasi daftar pemilih, peti undi dan dakwat pilihan raya serta kebocoran maklumat calon dipilih pengundi pada kertas undi.
Siri jelajah taklimat PRU-14 kepada pengamal media selepas ini akan diadakan di Perak dan Sabah sebelum berakhir di Sarawak. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment