Seperti selebriti lain, Aaron Aziz juga tidak ketinggalan membenarkan anak-anaknya mencipta akaun di laman sosial. Pun begitu Aaron tegas dalam memantau kegiatan anak-anak mereka dan tidak membenarkan anak-anaknya menunjuk-nunjuk harta di laman sosial.

BACA: Farid Kamil, Aaron Aziz Dapat Gelaran Datuk


“Kita pantau dari awal penggunaan laman sosial, apa yang mereka cari di internet. Untuk keselamatan saya minta mereka tidak sertakan lokasi dan jangan tunjuk harta. Laman sosial hanya sekadar suka-suka sahaja”


“Saya benarkan mereka buka pada umur yang sesuai dan tahu mereka mampu mengawal laman sosial itu dengan baik. Pada saya laman sosial ini mengajar mereka tentang kehidupan iaitu tidak semua orang suka apa kita buat,” katanya.

Jelas Aaron, beliau tidak kisah dengan penggunaan media sosial terhadap anak-anaknya selagi mereka mendahului perkara penting terdahulu. Memang agak sukar untuk menghalang generasi sekarang dari menggunakan sosial media, apalagi dengan bermacam aplikasi menarik sekarang.



Tindakan Aaron memastikan anak-anak tidak mempamerkan kemewahan di laman sosial tepat sekali supaya keselamatan mereka terjamin. Apapun tanggungjawab ibu bapa paling penting dalam hal ini. (rtky/w)