Walaupun pernah ditanya peminat sama ada beliau masih berlakon sekarang ini, Zara Zya nyata masih aktif dalam dunia lakonan. Dan kini, pelakon berusia 33 tahun itu berani untuk ketengahkan bakat baru.

Bercakap kepada media, Zara Zya berkata lagu pertamanya berjudul Tiada Dendam itu adalah satu hadiah buat para peminat yang menyokongnya selama ini.


BACA: Zara Zya Terima Lelaki Muda, Boleh Tanggung Hidup


“Lagu ini saya rakamkan sebagai hadiah untuk peminat yang setia menyokong selama ini. Tiada Dendam sangat istimewa kerana melodi dan liriknya amat positif. Saya mahu semua yang mendengar lagu ini menjadi positif dan sentiasa tenang.

“Walau apa pun yang dilalui dalam kehidupan ini, tetap kena kuat, cekal dan tabah. Mesti ada hikmah yang menanti,” katanya.



Dengarkan lagu Tiada Dendam oleh Zara Zya dibawah. Enjoice!