GST: PH tak jawab persoalan Bank Dunia

Thursday, March 29, 2018

GST: PH tak jawab persoalan Bank Dunia

GST: PH tak jawab persoalan Bank Dunia

YAN: Pakatan Harapan (PH) tetap mahu meneruskan agendanya untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) walaupun masih belum menjelaskan kaedah bagi menggantikan kehilangan RM20 bilion akibat pemansuhan cukai itu.

Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam ceramahnya di Guar Chempedak di sini, malam tadi masih bertegas mahu menghapuskan GST jika pakatan pembangkang mengambil alih Putrajaya.

Bagaimanapun, dalam ceramah selama 30 minit itu, beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Bank Dunia mengenai bagaimana PH akan menggantikan sumber kerajaan yang akan hilang selepas penghapusan GST.

Dr Mahathir turut mendakwa hasil kutipan GST digunakan untuk membayar hutang kerajaan dan membeli sokongan dari rakyat.

"Dulu tak dak GST pun tetapi kita dapat bangunkan ekonomi negara sehingga terkenal di dunia dengan jolokan harimau Asia. Jadi jika Pakatan Harapan memerintah nanti kami akan hapuskan GST," katanya.

Baru-baru ini, Bank Dunia mempersoalkan bagaimana PH yang diketuai DAP, mendapatkan sumber pendapatan negara, jika mereka memansuhkan GST.

Pengurus Negara bagi Malaysia untuk Kumpulan Bank Dunia, Faris H Hadad-zervos, berkata ekonomi negara bakal mengalami kesan negatif jangka panjang jika GST dihapuskan kerana mengakibatkan kehilangan hasil yang banyak.

Beliau dilaporkan berkata, pada tahun lalu saja Malaysia memperoleh RM45 bilion melalui kutipan GST dan mempersoalkan bagaimana PH mahu menampung kehilangan RM20 bilion hasil negara jika menghapuskan kutipan cukai itu.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment