Suri rumah patah paha akibat diragut

Thursday, March 29, 2018

Suri rumah patah paha akibat diragut

Suri rumah patah paha akibat diragut

- Gambar oleh Mohamed Sahidi Yusof

TANAH MERAH: Seorang suri rumah patah paha kiri akibat terjatuh selepas diragut di belakang sebuah pasar raya di Jalan Ismail Petra, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Kasma Azan Mustapha, 56, bersama kakaknya, Jawahir, 64, ke pasar raya berkenaan untuk membeli barang keperluan harian.

Kasma berkata, selepas meletakkan kenderaannya di tempat parkir di belakang pasar raya itu, mereka berjalan menghala masuk ke dalam premis melalui pintu belakang.

"Ketika itu, seorang lelaki tiba-tiba muncul dari arah belakang dan cuba meragut beg tangan yang disangkut di bahu kiri saya.

"Saya cuba halang tetapi terjatuh dan peragut itu berjaya melarikan beg tangan bersama seorang rakannya yang menunggu di dalam sebuah PROTON Iswara berwarna hijau dan bercermin gelap.

"Beg tangan saya mengandungi wang tunai RM400, dua utas gelang emas, telefon bimbit, kunci kereta dan MyKad," katanya ketika ditemui di Wad Hospital Daerah Tanah Merah (HDTM), di sini, hari ini.

Kasma berkata, selepas terjatuh, dia gagal bergerak kerana paha kirinya patah sebelum orang ramai memberi bantuan dan menghantar mereka ke HDTM.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment