Debat mesti berasaskan fakta bukan emosi: Azmin

Saturday, March 31, 2018

Debat mesti berasaskan fakta bukan emosi: Azmin

Debat mesti berasaskan fakta bukan emosi: Azmin

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedia menimbang tawaran debat oleh Pemuda Umno sekiranya debat tersebut berasaskan fakta dan tidak berlandaskan emosi semata-mata.

Mohamed Azmin berkata, sekiranya debat itu bertujuan melontarkan emosi dan menzahirkan emosi, ia tidak membawa apa-apa kepada rakyat.

"Saya mengalu-alukan debat tersebut namun ia mestilah berasaskan kepada fakta supaya pencerahan dapat diperjelaskan kepada rakyat berkenaan isu perumahan rakyat yang dibangkitkan.

"Kita terima amalan sihat itu bagaimanapun debat itu mestilah dengan ilmu bukannya dengan emosi," katanya kepada pemberita ketika merasmikan Pesta Buku Selangor 2018 di SACC, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cabaran debatoleh Pemuda Umno mengenai isu perumahan rakyat yang gagal diselesaikan di Selangor ketika ini.

Cabaran itu dibangkitkan Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan (HELP) Pemuda Umno, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin ekoran tindakan kerajaan Selangor membatalkan sembilan projek Skim Rumah SelangorKu membabitkan lebih 2,000 unit rumah mampu milik yang sepatutnya dinikmati rakyat di negeri ini.

Ketika ditanya adakah beliau benar-benar akan menerima pelawaan itu, beliau berkata, pihaknya perlu menyemak tawaran dan individu yang membuat tawaran terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

"Bukan soal terima atau tidak, tetapi saya kena teliti juga siapa yang buat tawaran dan isu yang dibangkitkan," jawabnya ringkas.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment