Timbalan Perdana Menteri berkata, bayaran tersebut perlu dilakukan dengan sekurang-sekurangnya separuh daripada jumlah yang patut diterima mereka.
âSaya mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Bukit Aman supaya pegawai dan anggota berpangkat rendah dibayar elaun pendahuluan sebanyak 50 peratus sebelum mereka berangkat ke lokasi PRU-14.
âSelepas undi dikira dan kembali ke pangkalan masing-masing, mereka perlu dibayar baki 50 peratus segera dan bukannya tunggu sebulan, dua bulan, setahun. Ini bukan arahan tapi perintah supaya dilaksanakan kerana saya kena ambil peduli tentang anak buah saya,â katanya.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian semasa merasmikan bangunan tambahan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor fasa satu, di sini sebentar tadi.
Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd,. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment