Wanita tipu tawaran masuk universiti ditahan

Friday, March 30, 2018

Wanita tipu tawaran masuk universiti ditahan

Wanita tipu tawaran masuk universiti ditahan

BENTONG: Polis menahan seorang wanita berusia 39 tahun kerana memperdaya warga emas dengan menawarkan peluang untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang tidak wujud sehingga kerugian RM235,000.

Suspek ditahan di sekitar bandar ini kira-kira jam 10 pagi semalam selepas seorang lelaki berusia 54 tahun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata lelaki berkenaan yang juga pekebun mula berkenalan dengan suspek pada Oktober 2016.

"Suspek dikatakan membuat tawaran untuk membantu anak lelaki berkenaan yang berusia 20-an melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) dalam jurusan perubatan untuk sesi 2017/2018.

"Bagi tujuan berkenaan, lelaki itu perlu memasukkan pelbagai bayaran yang dikenakan oleh suspek yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata, lelaki berkenaan yang termakan janji manis suspek memasukkan wang dengan jumlah keseluruhan RM235,000 secara berperingkat.

"Lelaki itu yang tinggal di daerah ini melakukan beberapa kali transaksi wang berkenaan ke dalam akuan Maybank milik suspek dalam jumlah yang berbeza seperti yang diminta oleh suspek," katanya.

Beliau berkata, namun sehingga kini anak mangsa tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam jurusan perubatan di UM dan terpaksa menanggung kerugian yang besar.

"Lelaki itu yang tidak berpuas hati dan menyedari ditipu kemudian membuat laporan polis di IPD Bentong, sebelum pihak polis berjaya menahan suspek yang terbabit.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment