Pelan prabayar redONE baharu diperkenalkan

Friday, March 30, 2018

Pelan prabayar redONE baharu diperkenalkan

Pelan prabayar redONE baharu diperkenalkan

redONE Network Sdn Bhd (redONE), sebuah Syarikat Pengendali Maya Mudah Alih (MVNO) telah memperkenalkan satu pelan prabayar baharu untuk penggunanya yang ingin memaksimumkan kegunaan data di dunia digital.

Dikenali sebagai Pelan Beyond, pelan prabayar ini memberikan kebebasan sepenuhnya kepada pengguna. Ditambah baik dengan data berkelajuan tinggi berterusan, pengguna Prabayar redONE kini boleh menikmati kehidupan sosial di mana sahaja mereka mahu.

Pengarah dan pengasas bersama redONE, Ben Teh berkata, pelan Beyond ini lahir dari hasil inovasi dan kreativiti redONE yang sememangnya dicipta untuk tampil berlainan terutamanya daripada segi harga.

“Salah satu keistimewaan apabila menggunakan Prabayar redONE ialah, kelebihan yang diberikan kepada penggunanya untuk membuat panggilan suara PERCUMA TANPA HAD antara semua pengguna Prabayar redONE pada bila-bila masa sahaja walaupun tiada lagi baki kredit.

“Ganjaran ini amat berlainan dari apa yang kebiasaannya ditawarkan kepada pengguna prabayar sekarang,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, apabila mereka cipta sesebuah produk, keutamaan kami ialah untuk memberikan apa yang pelanggan mahu.

“Moto kami iaitu “kembali pada asas” amat menekankan aspek pencarian punca masalah dan menyelesaikannya daripada terus menyogok para pengguna kami dengan ciri-ciri tambahan yang mungkin tidak akan digunakan sepenuhnya oleh mereka pada akhir bulan.

“Tidak diragui lagi, masa kini data ialah satu kuasa kekuatan dan Pelan Beyond ini difokuskan kepada pengguna yang mementingkan data, seiring dengan permintaan masa kini,” katanya.

Menurut beliau, pelan Beyond ini direka khas untuk pengguna yang dahagakan data.

“Kami ingin menyediakan sebuah pelan untuk mereka yang hidup di dunia digital. Ini kerana, kami memahami kepentingan berinteraksi di alam siber di mana berita, maklumat baru dan seluruh dunia bergerak lebih pantas dengan bantuan internet,” katanya.

redONE turut menawarkan data 4G LTE PERCUMA dengan setiap tambah nilai. Para pengguna boleh memilih untuk menambah nilai dari RM10 hingga RM50 dan setiap tambah nilai datang dengan kuota data 4G LTE percuma yang telah ditetapkan.

Tambah nilai RM10 diberi kuota 1GB data 4G LTE, RM20 datang dengan kuota 4GB data 4G LTE dan tambah nilai RM30, RM40 dan RM50 masing-masing dengan kuota 9GB data 4G LTE.

Pelanggan juga mendapat peluang untuk meneruskan sambungan internet 4G LTE dengan membeli data tambahan harian, mingguan atau bulanan. Bermula dari RM3, mereka dapat membeli 1GB data harian, RM10 untuk 2GB data mingguan dan RM30 (5GB) atau RM50 (10GB) data bulanan.

Bagi pengguna yang berminat untuk mendapatkan pek permulaan Pelan Prabayar redONE Beyond atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk ini bolehlah mengunjungi semua Pejabat Cawangan redONE atau Kedai Partner dan laman web redONE di www.redONE.com.my/redONEprepaid.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment