Elaun Askar Wataniah naik

Saturday, March 31, 2018

Elaun Askar Wataniah naik


Timbalan Perdana Menteri berkata, menerusi kadar baharu itu, setiap anggota Askar Wataniah akan diberikan kenaikan sebanyak RM2 untuk sejam.

"Saya umumkan bagi pihak Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, elaun Askar Wataniah dinaikkan dengan rasminya.

"Elaun dibayar mulai Perdana Menteri umumkan kenaikan elaun Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). Ertinya mana-mana saudara saudari yang bertugas sebelum ini harus dibayar penuh mengikut elaun yang diberikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Gelombang Askar Wataniah Zon Tengah di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt. Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi.

Sebanyak 4,000 anggota sukarelawan Askar Wataniah termasuk Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) serta Briged Sukarela Khidmat Negara (BSKN) mengambil bahagian pada majlis kali ini yang antara lain bertujuan membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan belia. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment