Industri pelancongan Langkawi jana RM4.7 bilion
LANGKAWI - "Industri pelancongan di Langkawi berjaya menjana pendapatan berjumlah RM4.7 bilion dalam tempoh Januari hingga September tahun lalu," kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah malam ini.
Menurutnya, kejayaan itu adalah hasil promosi berterusan Langkawi di peringkat antarabangsa yang membolehkan ketibaan 3.67 juta pelancong ke pulau ini dicatatkan dalam tempoh berkenaan.
âPeningkatan jumlah pelancong yang berterusan ke Langkawi ini adalah kerana keistimewaannya yang tersendiri seperti Geopark dan sebagainya.
"Produk-produk ini kita mesti terus pertahankan di samping mengadakan produk-produk yang baharu,â katanya di Majlis Malam Penghargaan Pengusaha Industri Pelancongan Pulau Langkawi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini.
Menurutnya usaha membangunkan Langkawi sehingga menjadi destinasi pelancongan yang terkenal bukanlah mudah tetapi memerlukan komitmen sebuah kerajaan yang kuat dan disokong oleh semua peserta industri dan rakyat tempatan.
âBagi memastikan keadaan ini berterusan, kita hendaklah terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan yang ada sekarang,â katanya.
Ahmad Bashah berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah memberikan perhatian khusus kepada pembangunan di Langkawi selama ini dan ingin melihat tahap pelancongan di pulau ini meningkat ke peringkat yang lebih tinggi.
âLangkawi sentiasa dekat di hati Datuk Seri Najib. Selama ini Langkawi dikenali sebagai Permata Kedah tetapi Perdana Menteri ingin menjadikannya sebagai Permata Malaysia,â katanya.
Pada majlis itu beliau turut menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada peserta-peserta industri pelancongan Langkawi yang memenangi beberapa anugerah di Malam Anugerah Pelancongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di Putrajaya baru-baru ini.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya negeri, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid, dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi, Datuk Azizan Noordin. - Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment