GegaRia meriah walaupun hujan renyai
KUALA LUMPUR: Kemeriahan Festival GegaRia 2018 membuka tirai dengan senaman zumba yang disertai lebih 300 pengunjung merangkumi pelbagai peringkat umur.
Hujan renyai di awal pagi ternyata tidak menghalang warga kota untuk hadir mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan di perkarangan Pusat Pameran dan Konvensyen Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), di sini.
Bermula seawal jam 8 pagi, senaman diiringi muzik rancak dan membabitkan pergerakan tarian itu diketuai selebriti zumba, Hanif Shawn.
Festival GegaRia yang kini memasuki edisi kedua, sejak menempa nama di Pusat Konvensyen Setia City, pada 13 Januari lalu bakal berlangsung sehingga jam 11 malam, hari ini.
Antara kemuncak aktiviti adalah sesi beramah mesra bersama artis jemputan seperti Reen Rahim, Eyka Farhana dan Bunkface, mulai jam 5 petang di gerai gaya hidup.
Penganjuran di lokasi kelima ini akan melabuhkan tirai dengan Konsert GegaRia, mulai jam 8 malam, membabitkan penampilan kumpulan Bunkface, Iamneeta, Noh Salleh, Akim & The Majistret, Kugiran Masdo dan Bittersweet.
Ikuti galeri gambar Festival GegaRia 2018 di pautan www.bharian.com.my/taxonomy/term/13/2018/03/405718/festival-gegaria-gami...
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment