Lorenzo risau 'saham jatuh'

Saturday, March 31, 2018

Lorenzo risau 'saham jatuh'

Lorenzo risau 'saham jatuh'

JORGE Lorenzo mengakui beliau mempunyai kerisauan nilai pasarannya akan jatuh jika terus bersama Ducati.

Ini kerana pelumba kelahiran Sepanyol itu masih belum menunjukkan prestasi yang mengagumkan sejak mewakili Ducati pada 2017.

Ujar pelumba berusia 30 tahun itu, beliau tidak mempunyai pilihan lain melainkan segera meraih kedudukan terbaik sebelum pengakhiran musim ini, jika tidak, beliau mungkin perlu segera mempertimbangkan soal masa depannya.

"Saya perlu kembali fokus dan segera mencari jalan bagaimana untuk meraih kemenangan pertama musim ini.

"Jika saya berhasil untuk kembali menduduki podium, mungkin nilai pasaran saya akan naik. Jika tidak, nilai itu akan jatuh dan pastinya ia akan menjadi mimpi ngeri buat mana-mana pelumba," katanya.

Lorenzo yang digelar X-Fuera setakat ini belum lagi menjuarai Grand Prix (GP) sejak mengemudi Desmosedici tahun lalu.

Catatan terbaiknya ialah menduduki posisi kedua ketika di Sepang musim lalu, selain dua kali berada di kedudukan ketiga iaitu di GP Jerez dan Aragon.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment