Sekadar tukar nama sahaja: Mohamad

Thursday, March 29, 2018

Sekadar tukar nama sahaja: Mohamad

Sekadar tukar nama sahaja: Mohamad

SEREMBAN - “Telok Kemang kawasan yang kecil dari Batu 8 sampai Batu 10. Jadi kita tukar (nama) kepada Parlimen Port Dickson sebab daerahnya Port Dickson.

“Kemudian Dun Port Dickson jadi Dun Sri Tanjung. Itu saja, sebab kita dah pakai nama sedia ada,” ujar Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Bagi Dun Senawang pula, beliau berkata, ramai orang keliru memandangkan lokasinya terletak di kawasan Seremban Jaya.

“Senawang di sini, dalam Dun Paroi. Situ sebenarnya Seremban Jaya. Jadi kita tukarlah,” katanya.

Secara ringkasnya, Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, tidak timbul isu berikutan proses berkenaan hanya melibatkan pertukaran nama.

“Kita betulkan semula, itu yang kita buat. Sebab itu di Negeri Sembilan tak banyak bantahan.

“Orang faham tindakan kita,” katanya selepas menyempurnakan perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Negeri Sembilan 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen Senawang (SECC), di sini, semalam.

Demikian reaksi beliau ketika diminta mengulas mengenai pembentangan usul persempadanan semula yang diluluskan Dewan Rakyat, semalam.

Mengulas lanjut langkah persempadanan semula, Mohamad tampak mempunyai pandangan tersendiri.

“Macam saya selalu sebut, kita perbetulkan semula sempadan yang orang dulu buat sebab waktu itu teruk berliku sana-sini.

“Dari segi (pelaksanaan) pentadbiran, amat susah. Orang yang duduk di situ pun berdepan kesukaran.

“Jadi apa kita buat di Negeri Sembilan, hanya meluruskan saja (sempadan). Kalau jalan besar dari Seremban ke Kuala Pilah, di kanan Parlimen Rembau dan di kiri Parlimen Seremban.

“Maka ada tiga empat PDM (Pusat Daerah Mengundi) dan lokaliti terpaksa berubah kerana dulu dalam Parlimen Rembau, Dun Paroi termasuk sampai ke Taman Cengal di pendalaman.

“Bayangkan bukan main susah orang di sana nak berurusan dengan wakil rakyat, sedangkan boleh terus jumpa wakil rakyat di sini,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment