118,250 keluarga bakal terima PPR

Saturday, March 31, 2018

118,250 keluarga bakal terima PPR


Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 85,198 keluarga telah pun menerima kemudahan tersebut apabila 125 PPR siap dibina setakat ini.

Katanya, bilangan tersebut setakat ini mencukupi dalam usaha kerajaan untuk membantu rakyat memiliki rumah sendiri.

“Walau bagaimanapun ia perlu ditambah dari semasa ke semasa lebih-lebih lagi dengan harga yang mampu dimiliki oleh pelbagai lapisan masyarakat. Malah kualitinya juga lebih baik dengan pelbagai kemudahan yang ada demi rakyat,” katanya semasa menghadiri Majlis Penyampaian Insentif Perumahan KPKT di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment