FMLLP 'tidak tidur' sepanjang tiga tahun

Thursday, March 29, 2018

FMLLP 'tidak tidur' sepanjang tiga tahun

FMLLP 'tidak tidur' sepanjang tiga tahun

PERKONGSIAN Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) yang kini dikenali sebagai Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sering menjadi mangsa pertikaian ramai pihak yang menganggap kewujudan pentadbir liga itu tidak banyak melakukan kemajuan dalam bola sepak Malaysia.

Melalui satu forum yang diadakan di UiTM Shah Alam semalam, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam menjelaskan pertikaian itu sama sekali tidak berasas.

Ini kerana menurutnya, FMLLP sudah banyak melakukan pelbagai pembaharuan dalam landskap Liga Malaysia terutama dari aspek penajaan yang kini semakin mendapat tempat di kalangan penaja-penaja di Malaysia.

"Lihat sahaja sekarang kita ada Unifi Liga Super, 100 plus Liga Premier, Shopee Piala FA, TM Piala Malaysia. Semua itu menunjukkan semakin ramai penaja kini berminat untuk memberi tajaan.

"Kenapa sekarang mereka berminat? Semuanya kerana mereka nampak ROI (pulangan pelaburan) yang bakal mereka terima daripada penajaan ini. Ini semua antara usaha yang telah dilakukan untuk liga kita," katanya.

Tambahnya lagi, mengambil contoh Telekom Malaysia yang mempunyai baki kontrak penajaan setahun lagi tetapi bertindak untuk memperbaharui penajaan untuk tempoh lapan tahun akan datang jelas memberi gambaran besar bahawa liga negara ini semakin mendapat sambutan.

"Ada yang kata melabur dalam bola sepak merugikan duit. Itu tidak benar! Lihat sahajalah apa yang terjadi kepada TM Malaysia. Mereka memperbaharui tajaan untuk lapan tahun akan datang dengan nilai yang lebih besar!

"Bukan itu sahaja, bahkan selepas ini kami akan umumkan tajaan daripada bank rasmi Liga-M dalam masa terdekat dan selepas itu kita juga akan ada Airlines partner (rakan rasmi syarikat penerbangan)," katanya lagi.

Beliau turut menjangkakan penjenamaan semula FMLLP kepada MFL di bawah naungan presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mampu menggandakan keuntungan kepada pasukan Liga Super dan Liga Premier dalam tempoh tiga ke empat tahun lagi menjadi RM6 juta dan RM2 juta untuk diagihkan kepada pasukan.

Untuk rekod, musim ini pasukan Liga Super telah menerima agihan berjumlah RM3 juta, manakala pasukan Liga Premier berjumlah RM1 juta.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment