Ada mahu bubar RAMD kerana konsep 'Malaysian Malaysia' - Najib

Friday, March 30, 2018

Ada mahu bubar RAMD kerana konsep 'Malaysian Malaysia' - Najib


Perdana Menteri berkata, kerajaan yang dipilih perlu mengutamakan empat dimensi penting iaitu politik, ekonomi, sosial dan keselamatan bagi mengelakkan ketidakstabilan pentadbiran berlaku.

“Sekiranya kerajaan yang dipilih tidak stabil dari segi politik, tidak faham sejarah negara dan tidak memahami bagaimana mahu mentadbir negara kita yang berbilang bangsa ini, segala yang dikecapi hari ini akan hancur.

“Malah lebih buruk lagi, ada pihak yang tidak memahami asal usul sejarah sehingga sanggup mencadangkan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dibubarkan kerana kononnya tidak menepati konsep ‘Malaysian Malaysia’,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Makan Malam Rejimental ATM dan PDRM di Wisma Perwira ATM di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment