PRU14: Calon Wanita Umno bertanding di Terengganu
MARANG - Wanita Umno sentiasa bersedia untuk turun habis-habisan menghadapi PRU14 dengan mengambil pendekatan mendekati rakyat di peringkat akar umbi dari awal sejak berakhir PRU lalu.
Ketua Wanita Umno Bahagian Marang, Toh Puan Zaitun Mat Amin berkata, pihaknya juga akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada mana mana calon yang dipilih pucuk pimpinan parti.
"Wanita BN telah bergerak, kita ada sistem, cara kita dan bukan menunggu pembubaran parlimen atau menunggu masa pengistiharan calon kerana kita sentiasa bersedia untuk siapa sahaja calon.
"Apatah lagi dengan semangat kalau ianya diberi mandat kepada Wanita sudah pasti semangat Wanita lebih ke depan. InsyaALLAH Terengganu ada calon wanita bertanding untuk PRU14," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Ramah Mesra Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama Guru, PIBG, JKKK dan Pusat Daerah Mengundi di Dewan Majlis Daerah Marang, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, Wanita Umno Bahagian Marang menyerahkan kepercayaan sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk membuat keputusan berkaitan calon.
"Bagi PRU14, kerusi untuk Wanita telah diberikan jaminan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib) dan Tan Sri Shahrizat serta Menteri Besar Terengganu dengan cadangan dibawa dua calon.
"Bagaimanapun, masih tidak pasti, ini bergantung kepada Presiden untuk keputusan akhir tambahan ada agensi dilantik membuat penilaian. Wanita serah kepada Perdana Menteri," katanya.
Kali terakhir BN negeri meletakkan calon wanita untuk bertanding ialah pada PRU11, iaitu bekas Ketua Puteri Umno negeri, Nordiana Shafie di Dun Batu Burok, tetapi tewas kepada calon Pas.
#prusinar #aparakyatmahu
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment