Amanah bukan parti serpihan
KUALA LANGAT - Amanah Kuala Langat menjangkakan tohmahan pelbagai pihak mengenai parti itu dilabel sebagai parti serpihan akan lenyap selepas PRU14 adalah meleset sama sekali.
Pengerusi Amanah Kuala Langat, Hasnul Baharuddin berkata, dalam tempoh dua tahun, Amanah Kuala Langat adalah antara parti yang aktif dengan kemasukan ahli yang ramai dan bilangan cawangan yang banyak di Selangor.
Menurutnya, buat masa ini keahlian mencecah 1,400 orang dan sasarannya bakal mencecah kepada 2,000 ahli sehingga hujung tahun ini.
âDalam usia parti semuda ini, saya fikir pencapaian ini amat membanggakan.
â Misi saya adalah untuk menggerakkan ahli yang proaktif dan sanggup berjuang tanpa kepentingan-kepentingan tertentu,âkatanya kepada Sinar Harian apabila diminta mengulas mengenai selepas merasmikan Mesyuarat Penaja Cawangan Amanah Sungai Rambai.
Hasnul memberitahu, cawangan Amanah Sungai Rambai adalah cawangan yang ke 29,
Katanya, pihaknya akan buktikan Amanah antara parti yang dihormati dan mampu bergerak ke tengah masyarakat dan berperanan sebaiknya
âPada masa sama, dalam kesediaan berdepan dengan PRU14 kali ini, saya dalam usaha meningkatkan sokongan pengundi Melayu.
âKita nak beri kesedaran kepada rakyat isu atau masalah negara yang sedang dihadapi selain memberitahu manifesto Harapan PRU 14 adalah alternatif terbaik untuk rakyat Malaysia,âkatanya.
Jelas Hasnul lagi, rakyat tidak boleh melihat pada pamasangan bendera di sesuatu kawasan petanda itu adalah kubu kuat.
âBendera bukan faktor utama. Yang penting apa yang diperjuangkan untuk rakyat.
âTapi pemasangan bendera pun kena ada bilangan yang munasabah untuk menunjukkan kesediaan dalam pertandingan,âkatanya kepada Sinar Harian.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment