Simpan bahan lucah dalam telefon

Thursday, March 29, 2018

Simpan bahan lucah dalam telefon

Simpan bahan lucah dalam telefon

IPOH: Seorang lelaki didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memiliki video dan gambar lucah dalam telefon bimbit, pada September 2016.

K K Ravi, 33, yang bekerja di sebuah kilang di Tasek, di sini, didakwa memiliki bahan lucah dalam telefon bimbit jenis Oppo Joy Plus warna biru miliknya ketika berada di sebuah hotel bajet di Jalan Ali Pitchay, Taman Jubilee, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan, yag membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang masih bujang itu membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Hafiza Jaafar.

Pertuduhan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras, manakala tertuduh diwakili Chiang Mei Wan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman yang berat terhadap K Ravi kerana kesalahan yang dibuat mencerminkan keperibadian tertuduh yang menjijikkan.

Tertuduh merayu dikenakan hukuman ringan kerana hanya bekerja kilang dan perlu menjaga ibunya yang berusia 59 tahun serta bapa berusia 62 tahun.

Siti Hafiza kemudian menjatuhkan hukuman denda RM7,000 terhadap tertuduh, selain 12 bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment