Optimis jana RM154.84 Juta

Saturday, March 31, 2018

Optimis jana RM154.84 Juta

Optimis jana RM154.84 Juta

PROGRAM Penyumberan Antarabangsa (INSP) kendalian Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bersempena Persidangan Teknologi Luar Pesisir Asia Ketiga 2018 (OTC 2018), berjaya menjana potensi jualan sebanyak RM154.84 juta.

Menurut Matrade, INSP disertai oleh 52 syarikat Malaysia dan 22 pembeli asing mewakili 12 negara termasuk ASEAN, Asia Selatan, wilayah Teluk, Afrika dan Amerika Syarikat.

“Sebanyak 169 mesyuarat perniagaan yang dirancang awal, turut diadakan pada acara dua hari berkenaan,” kata agensi itu dalam satu kenyataan hari ini.

Kalangan pembeli asing berminat terhadap peralatan bagi kawasan permukaan (perairan), kawalan aliran, sistem perpaipan, pam dan pemampat serta peralatan keselamatan, sistem kawalan, kelengkapan komunikasi dan perkhidmatan, penjanaan kuasa, kapal tekanan dan perkhidmatan dalam aspek penggerudian, penerokaan minyak dan gas, pengangkutan darat, latihan serta perundingan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Wan Latiff Wan Musa turut mengingatkan syarikat Malaysia dan asing untuk terus melakukan susulan terhadap rundingan perniagaan yang mungkin memakan masa selama dua hingga tiga tahun sebelum transaksinya dapat dimuktamadkan. - Bernama
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment