Angin perubahan mula landa Kelantan

Thursday, March 29, 2018

Angin perubahan mula landa Kelantan

Angin perubahan mula landa Kelantan

KOTA BHARU: Angin perubahan dalam kalangan pengundi sudah mula melanda di negeri ini dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Ketua Pemuda, UMNO Khairy Jamaluddin, berkata pihaknya melihat sudah ada lima ramuan utama yang mampu mencipta keajaiban kepada parti itu untuk kembali mentadbir Kelantan.

Katanya, pertama, beliau melihat semua program yang dianjurkan di sini mendapat jumlah kehadiran semakin ramai.

Kedua, katanya, pengundi di perantauan semakin yakin dengan Barisan Nasional (BN) dan mereka mahu pulang ke negeri ini untuk membuat perubahan.

"Pada masa sama, kita sudah berjaya selesaikan masalah dalaman parti di sini menerusi jawatankuasa ditubuhkan, selain akan menampilkan muka-muka calon baharu.

"Yang terakhir, saya lihat keadaan parti pembangkang yang berpecah-belah sudah pasti memberi kelebihan kepada kita.

"Saya yakin dengan campuran semua ramuan ini, kita mampu cipta keajaiban, sekali gus mengakhiri pentadbiran PAS selama 28 tahun di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Santai Mesra bersama YB KJ dan Timbalan Ketua Pemuda BN Kota Bharu, Fikran Hamshi Mohamad Fatmi, di sini, hari ini

Hadir sama, Ketua UMNO Kota Bharu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh; Naib Ketua UMNO bahagian Kota Bharu, Datuk Rosmadi Ismail dan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azam Ismail.

Khairy berkata, Pemuda BN Kelantan perlu memainkan peranan penting untuk merealisasikan impian ini dengan menggunakan pendekatan berbeza.

"Strategi kita adalah meyakinkan pengundi apa yang kita nak buat bukan dengan mengata parti pemerintah di negeri ini.

"Saya yakin sekiranya BN dapat perintah negeri ini, kita akan lihat pembangunan rancak di sini," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment