Sindiket tipu tuntutan Perkeso: 10 ditangkap

Thursday, March 29, 2018

Sindiket tipu tuntutan Perkeso: 10 ditangkap

Sindiket tipu tuntutan Perkeso: 10 ditangkap

KUALA LUMPUR - Polis menahan 10 individu termasuk seorang pengerusi sebuah badan kebajikan yang menjadi dalang sindiket pemalsuan tuntutan pencen ilat, Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (Perkeso).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh,berkata, kesemua suspek ditahan pada 13 Mac lalu itu, berusia 34 hingga 60 tahun.

Menurutnya, pemalsuan tuntutan berkenaan dikesan berlaku sejak September 2016 membabitkan 24 kes dilaporkan yang melibatkan kerugian berjumlah RM2.4 juta termasuk tuntutan insuran.

"Sekiranya kes ini tidak dikesan, ia boleh membawa kepada kerugian sehingga RM12 juta kerana Perkeso perlu membuat bayaran ilat sepanjang hidup penama.

"Terdapat 48 kes lagi yang dikesan yang boleh menyebabkan Perkeso menanggung kerugian sehingga RM30 juta,"katanya dalam sidang media hari ini.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment