Harga barang naik tapi terkawal

Friday, December 1, 2017

Harga barang naik tapi terkawal


Pengarahnya, Datuk Ab. Ghani Harun bagaimanapun berkata, kadar kenaikan tersebut masih terkawal dan di bawah 20 peratus.


Beliau berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna berhubung kenaikan tersebut.


“Hasil pemantauan yang dibuat pihaknya di sekitar pasar-pasar basah di negeri mendapati berlaku peningkatan harga namun tidak terlalu ketara bawah 20 peratus. 


“Anggota PPDNKK Kelantan akan terus membuat pemantauan bagi memastikan pengguna sentiasa mendapat bekalan keperluan harian pada harga yang berpatutan,” katanya.


Beliau di temui pemberita pada majlis Kempen Kesedaran Keselamatan Stesen Minyak “Keselamatan Rakyat, Kami Prihatin” di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Abdul Hamid 2, di sini hari ini.


Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Senator Datuk Hanafi Mamat.


Ab. Ghani memberitahu, sekiranya berlaku kenaikkan harga pengguna boleh melaporkan terus kepada pihaknya untuk tindakan lanjut. -UTUSAN ONLINE.



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment