Gerakan umum dua calon di Pulau Pinang
ALOR SETAR - Pengerusi Gerakan yang juga Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow sah bertanding di Pulau Pinang pada PRU14, namun belum diumumkan kawasan ditandinginya.
Manakala Timbalan Setiausaha Gerakan Kebangsaan, Dr Thor Teong Gee turut disenaraikan sebagai calon parti itu di Pulau Pinang.
Perkara itu diumumkan Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong tanpa menyatakan kerusi yang dicadangkan ditandingi kedua-dua calon berkenaan.
âSaya ingin maklumkan, setakat ini Chang Yeow dan Teong Gee akan bertanding di Pulau Pinang, manakala calon bagi kerusi lain akan diumumkan kemudian,â katanya, pada sidang media, selepas mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Gerakan Kedah.
Hadir sama, Timbalan Presiden merangkap Pengerusi Gerakan Kedah, Datuk Dr Cheah Soon Hai.
Menurutnya, Gerakan Pulau Pinang menyenaraikan 17 calon termasuk wanita dan Pemuda untuk bertanding 13 kerusi Dun Pulau Pinang dan empat kerusi Parlimen di negeri itu.
âBanyak calon muka baharu akan ditampilkan di Pulau Pinang. Saya akui prestasi kita kurang baik pada PRU13 lalu, hanya satu kerusi di Sungai Pinang kita tewas dengan majoriti undi bawah 5,000, selebihnya melebihi jumlah itu,â katanya.
Sehubungan itu, katanya, bukan mudah untuk Gerakan merampas kembali Pulau Pinang setelah negeri itu ditadbir dua penggal bawah kerajaan DAP.
âKali ini kita lebih yakin sebab terlalu banyak isu dibangkitkan di sana. Yakin rakyat Pulau Pinang akan bagi peluang kepada calon Gerakan dan BN untuk kembali terajui negeri, selepas 10 tahun bawah pengaruh DAP,â katanya.
Menurutnya, Gerakan bakal bertanding 45 kerusi yang diperuntukkan, iaitu 12 kerusi parlimen dan 33 Dun di seluruh negeri.
#prusinar #aparakyatmahu
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment