Letak jawatan kepada sekatan urus niaga

Friday, March 16, 2018

Letak jawatan kepada sekatan urus niaga

Letak jawatan kepada sekatan urus niaga

KUALA LUMPUR: Sekatan urus niaga saham menjadi punca utama anak Perdana Menteri Australia, Alex Turnbull, meninggalkan syarikat kewangan antarabangsa terkemuka, Goldman Sachs, empat tahun lalu.

Akhbar Australian Financial Review (AFR) dalam laporannya baru-baru ini berkata, anak kepada Malcolm Turnbull itu diarah menghentikan urus niaga dalam saham media dan teknologi berikutan kedudukan bapanya sebagai Menteri Komunikasi pada waktu itu.

Penjelasan itu dibuat susulan dakwaan Alex minggu lalu bahawa alasan beliau meletak jawatan ialah kerana dilabel sebagai pemberi maklumat selepas mempersoalkan kedudukan firma berkenaan dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, Alex kemudian menjelaskan kenyataannya disalah lapor media.

Menurut AFR, surat peletakan jawatan Alex pada April 2014 antara lain menyebut pihak pematuhan memberi tekanan terhadapnya kerana mendedahkan maklumat dalaman di media sosial.

Keadaan itu membuatkan Alex berhasrat bekerja di tempat lain tanpa perlu menghadapi sekatan seperti dilaksanakan Goldman Sachs.

Surat sepanjang 2,000 perkataan yang dihantar menerusi emel itu, dimulakan dengan keluhan Alex berhubung beberapa perubahan yang mengehadkan pelaburannya di Australia atas alasan pematuhan hingga menyukarkan tugasnya.

Goldman Sachs dalam kenyataan pertamanya menegaskan, tiada rekod elektronik ditemui berkaitan tindakan anak Perdana Menteri itu membangkitkan isu 1MDB atau sebarang tindakan dikenakan ke atasnya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment