Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud berkata,
kesinambungan pentadbiran kerajaan BN perlu dipertahankan kerana terbukti mampu memenuhi keperluan rakyat menerusi pelbagai perancangan yang telah, sedang dan bakal dilaksanakan.
“Kita perlu mengekalkan kerajaan sedia ada bagi meneruskan misi dan visi yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mana kita dapat melihat banyak perancangan dibuat melibatkan kepentingan rakyat.
“Sebahagiannya telah dan sedang dilaksanakan manakala sebahagian lagi menunggu keputusan PRU-14,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan sumbangan tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis di Sri Damai di sini hari ini.
Pada majlis itu, seramai 82 individu yang tidak mempunyai akaun bank atau akaun tidak aktif menerima BR1M manakala 22 PIBG mendapat sumbangan untuk menjalankan aktiviti.
Menurut Khairuddin, kerajaan memerlukan majoriti besar bagi melicinkan pelaksanaan pelan pembangunan selain bagi membolehkan pemindaan dasar yang sesuai dengan keadaan semasa demi kepentingan rakyat dibuat.
“Sebuah kerajaan memerlukan mandat dan sangat bagus kalau mendapat mandat yang kuat,” katanya. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment