AirAsia X tunggu masa sesuai sambung penerbangan ke Eropah
AIRASIA X menunggu masa yang sesuai untuk menyambung semula perkhidmatan penerbangannya ke Eropah, kata Pengerusi Bebas Bukan Eksekutifnya,Tan Sri Rafidah Aziz.
Bercakap kepada Bernama di luar Forum Pemasaran Asia 2018 di sini, hari ini, beliau berkata buat masa ini, penerbangan tambang rendah jarak jauh itu masih meninjau pengembangan di Asia.
âKami menumpukan kepada bahagian pertumbuhan kami terlebih dahulu,â katanya.
Rafidah merupakan salah seorang penceramah di forum tersebut yang dianjurkan oleh Marketing Institute of Singapore.
Beliau membicarakan tentang tajuk âThe Spirit of Entrepreneurship and Marketing: Unique Challenges and Opportunities in Asiaâ (Semangat Keusahawanan dan Pemasaran:Cabaran Unik dan Peluang di Asia).
Bekas menteri kabinet itu berkata mana-mana perniagaan perlu mengetahui bagaimana untuk menangani keberkesanan kos.
Rafidah yang berkongsi pengalaman AirAsia X yang menamatkan perkhidmatan ke London dan Paris pada 2012 berkara syarikat penerbangan itu terpaksa mengambil keputusan tersebut kerana laluan itu tidak efektif dari segi kos.
âPerniagaan adalah bertujuan untuk meraih keuntungan. Kami tidak menjalankan perkhidmatan sosial dengan memberi subsidi kepada penumpang,â katanya.
Tanpa menetapkan sebarang tempoh masa, Rafidah berkata AirAsia X sedang meneliti daya maju perniagaan laluan itu sebelum menyambungnya semula.
Semasa membuat keputusan itu pada 2012, AirAsia X berkata pesawat yang digunakan bagi laluan tersebut, Airbus A340 dengan empat enjin, tidak efektif dari segi kos bagi penerbangan jarak sangat jauh dari Kuala Lumpur.
Pada April 2017, rancangan untuk menyambung semula penerbangan ke Eropah timbul semula apabila Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkata syarikat penerbangan itu berhasrat melancarkan semula laluan tersebut apabila krisis Ukraine berlaku.
Bagaimanapun, dua bulan kemudiannya, Fernandes memutuskan untuk tidak menawarkan penerbangan jarak sangat jauh, dengan menyatakan ia âtidak relevanâ pada masa itu.
Pemerhati penerbangan berkata destinasi AirAsia X itu kemungkinan adalah London, Manchester atau malahan Dublin.
Presiden Institute of Marketing Malaysia, Datuk Sharifah Mohd Ismail turut hadir semasa Forum tersebut yang mengetuai delegasi seramai 20 orang. - Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment