Warga emas lari berkemban selamatkan diri
KOTA BHARU - Bunyi letupan plag menyebabkan seorang warga emas berlari keluar sekali gus menyelamatkannya dalam kebakaran rumah di Kampung Lubuk Kuin, Kok Lanas, tengah hari, semalam.
Rokiah Awang, 67, yang juga ibu tunggal ketika itu berseorangan di rumah, manakala anak lelakinya, Zainudin Awang Seman, 49, dan cucu berusia 16 serta 18 tahun keluar bekerja.
Menurutnya, dia terdengar bunyi letupan kecil dari ruang tamu dan terkejut apabila melihat percikan api keluar daripada plag.
âSaya yang hanya memakai kain sarung dan berada dalam keadaan berkemban terus keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.
âBarang semua hangus sebab tidak sempat ambil apa-apa kerana api marak terlalu cepat,â katanya.
Sementara itu, Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ketereh, Pegawai Bomba Kanan I, Zakaria Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan jam 12.05 tengah hari dan tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian.
Katanya, seramai 15 anggota dikerahkan ke lokasi bersama dua jentera dari BBP Ketereh dan Tunjong.
âKetika tiba sudah 80 peratus terbakar. Api dapat dikawal pada jam 12.53 tengah hari dan padam sepenuhnya pada 1.37 petang.
âKerugian dianggarkan berjumlah RM60,000 dan punca kejadian masih dalam siasatan,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment