Terbabas gara-gara masalah stereng
ALOR SETAR - Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang berlaku ke atas pemandu selepas terselamat dalam satu kemalangan di persimpangan Plaza Tol Alor Setar Utara, di sini, semalam.
Ketua Skuad Charlie, Sarjan (pa) Elliyes Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan lebih kurang 8.32 pagi melibatkan sebuah kereta.
âSusulan itu, sebuah ambulans Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Kota Setar bersama empat anggota bergegas untuk memberi bantuan kecemasan dan mengawal lalu lintas.
âSebaik tiba di lokasi kejadian, anggota mendapati sebuah kereta Proton Wira Aeroback terbabas ke pengadang jalan, bagaimanapun mangsa didapati stabil,â katanya.
Menurut beliau, mangsa diberi rawatan awal dan pemeriksaan lanjut mendapati dia tidak mengalami kecederaan akibat kemalangan itu.
Katanya, mangsa memberitahu kereta berkenaan terbabas secara tiba-tiba selepas stereng kenderaan terkunci tiba-tiba sahaja.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment